Jabatan Pengajian Am Politeknik_Sultan_Mizan_Zainal_Abidin

Jabatan Pengajian Am (JPA) telah mula beroperasi secara rasmi di kampus utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu pada 08 Oktober 2001. JPA pada awalnya diterajui oleh seorang pensyarah sahaja kini telah mempunyai 30 orang pensyarah tetap yang terdiri daripada 17 orang pensyarah Pendidikan Islam (mengajar subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam) dan 13 orang pensyarah Bahasa Inggeris (mengajar subjek English For Technical Purposes 1 – 5). JPA telah menjalankan operasinya di sebuah bangunan 2 tingkat bersebelahan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Tingkat atas menempatkan bahagian pengurusan jabatan dan tingkat bawah pula menempatkan 3 buah makmal bahasa multimedia yang setiap satu berupaya menampung seramai 40 orang pelajar pada satu masa. Dengan segala prasarana dan kemudahan yang terdapat di jabatan ini memungkinkan semua warga JPA terus cemerlang dan berjaya dalam mengejar cita-cita politeknik bagi merealisasikan misi ke arah menjadi pusat pendidikan yang berkualiti.